GAZA:  PENJARA BAGI 1.5 JUTA PENGHUNI

Israel  semakin giat melaksanakan pelbagai sekatan politik dan ekonomi keatas Gaza berikutan keputusan pilihanraya Februari 2006.  Sekatan-sekatan ini menjadi bertambah ketat pada 2007.  Gaza telah dikepung dari semua penjuru - udara, daratan dan lautan,  malahan kebebasan penduduk untuk bergerak dan kemasukan barang-barang juga telah disekat.  Semasa Operasi Cast Lead yang berlangsung selama 22 hari diantara akhir 2008 dan awal 2009, Israel telah memusnahkan ladang-ladang pertanian, sekolah, pejabat serta perumahan didalam bandar, menafikan penduduk Gaza kepada sumber –sumber kehidupan mereka.

 

Lebih menyayatkan, 1.5 juta penduduk Palestin terpaksa bertarung untuk kehidupan mereka di Gaza yang kini menjadi sebuah penjara terbuka.  72 peratus penduduk Gaza, 65 peratus daripadanya adalah kanak-kanak, hidup dalam kelaparan, 10 peratus dari kanak-kanak tersebut mempunyai keadaan fizikal yang amat lemah.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengungkapkan suasana ini sebagai “tidak boleh diterima akal”

 

KEPRIHATINAN DUNIA DINYATAKAN MELALUI FLOTILLA INI

6 organisasi badan bukan kerajaan antarabangsa termasuk IHH Humanitarian Relief Foundation, Free Gaza Movement, European Campaign To End the Siege on Gaza, Ship to Gaza Greece, Ship to Gaza Sweden dan The International Committee to Lift the Siege on Gaza telah membentuk flotilla bantuan ini pada Mei 2010 untuk membawa masuk sejumlah 6,000 tan sumbangan bantuan kemanusiaan ke Gaza.  Selain dari bantuan kemanusiaan tersebut, seramai 750 orang aktivis kemanusiaan turut berada didalam flotilla tersebut.  Aktivis-aktivis tersebut datang dari 37 buah negara seperti Jerman, Kuwait, Israel, Ireland, Sweden, Greece, Greek Cyprus, Morocco, Yemen, Egypt dan Algeria.  Terdapat lebih daripada 15 orang wakil rakyat, lebih dari 60 orang wakil media antarabangsa, artis serta pemenang Anugerah Nobel Antarabangsa.

 

ISRAEL MENYERANG ORANG AWAM

Defne, Gazze I, Eleftheri Mesogios, Sfendoni, Challenger I dan Mavi Marmara telah berlepas dari perairan Cyprus pada Mei 30.  Sewaktu flotilla ini belayar menuju Gaza, ia telah dikepung oleh empat buah kapal perang Israel, tiga buah helikopter penyerang, dua buah kapal selam dan 30 bot tempur pada waktu pagi 31 Mei.  Komando Israel yang lengkap bersenjata telah menyerbu Mavi Marmara, kapal utama bagi flotilla ini pada jam 4:32 pagi; semasa ia masih berada di atas perairan antarabangsa, tentera Israel telah menyerang orang awam yang tidak bersenjata yang berada diatas kapal tersebut dengan tembakan peluru getah dan peluru hidup.  Tindakan ganas tentera Israel ini telah mengakibatkan kematian sembilan orang aktivis keamanan, lapan orang berbangsa Turki dan seorang  yang berbangsa Turki-Amerika manakala  56 orang lagi telah tercedera.  Tentera Israel juga telah bertindak memutuskan perhubungan dari kapal tersebut.  Walaubagaimanapun, video serangan tersebut telah dapat dirakamkan tanpa disedari oleh tentera Israel yang mana ia menyebabkan seluruh dunia berpeluang menyaksikan aksi kebiadapan tentera Israel.

 

Semua aktivis telah dibawa ke dek kapal, dengan tangan yang terikat, dinafikan makanan dan minuman, dinafikan juga untuk mereka ke tandas.  Segala barangan peribadi yang dibawa bersama turut dirampas.  Sungguhpun 750 orang aktivis keamanan ini telah ditangkap tanpa kerelaan mereka, tuduhan yang dikenakan ialah memasuki Israel tanpa kebenaran.  Kapal-kapal didalam flotilla ini telah dibawa ke Pelabuhan Ashdod berhampiran Tel Aviv.  Para aktivis telah diperiksa beberapa kali lagi.  Dibawah jagaan keselamatan yang ketat, gambar mereka telah diambil dan cap jari mereka juga telah direkodkan.  Mereka juga telah dipaksa untuk melalui imbasan mata dan disoal siasat.  Selanjutnya, para aktivis dihumban ke Penjara Beer-Sheva.  Mereka tidak dibenarkan berkomunikasi diantara satu sama lain apatah lagi untuk membuat panggilan telefon keluar.  Atas desakan diplomatik yang kuat dan berterusan, para aktivis telah dibebaskan dua hari selepas kejadian tersebut.

 

Peristiwa yang berlaku diatas kapal Mavi Marmara pada 31hb Mei merupakan satu cebisan daripada apa yang berlaku setiap hari sepanjang masa di Palestin.  Penduduk Palestin terdedah kepada keganasan secara psikologi dan fizikal, ditangkap dengan paksa, diculik, ditahan tanpa sebab, dicederakan, dibiarkan kelaparan, dinafikan hak untuk berkomunikasi dan juga risiko untuk terbunuh.

Penduduk Palestin telah melalui kegilaan ini selama 63 tahun, fikirkan.